Randai Cindua Mato.
Rasanya.. Ini adalah teater yg terbaik sepanjang saya melakukan persembahan di pentas Istana Budaya selepas persembahan teater 'Takhta 3 Ratu' di penghujung tahun 2014.
Saya suka dan kagum terhadap penggunaan teknologi pentas yang dilakukan oleh tuan pengarah En.Lokman Ghani untuk naskah tersebut.
Sepanjang saya menjayakan teater di Istana Budaya, ini baru pertama kali saya melihat setiap ruang dan teknologi digunakan sepenuhnya di Istana Budaya.
Selain daripada penggunaan teknologi pentas, kerjasama dari rakan pelakon, penari-penari kebudayaan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) (N9 & Wilayah Persekutuan) serta mereka semua yg terlibat didalam naskah ini, telah betul-betul membuatkan rasa rindu saya terhadap dunia lakonan yg sebenar terubat.
Terima kasih kepada semua yg terlibat dalam menjayakan teater muzikal RANDAI CINDUA MATO, tidak kiralah samada yg di bahagian hadapan atau bahagian belakang pentas,terima kasih di atas komitmen dan tanggungjawab yang telah anda semua berikan, terima kasih utk keikhlasan kalian semua dalam merealisasikan persembahan ini ke peringkat yang terbaik!
kepada Tuan pengarah, En.Lokman Ghani, terima kasih kerana memberi saya peluang beraksi dibawah arahan tuan, kalau ada sumur di ladang.. boleh kita berjumpa lagi.
kepada Komposer, Datuk Suhaimi Mohd Zin (Pak Ngah) serta pengarah muzik, bro Shamsul Zin, terima kasih utk lagu2 yg telah dipersembahkan.